Orang kata, kanak-kanak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkannya. Benarlah begitu. Sesungguhnya keceriaan dan kreativiti itu datangnya sejak dari kecil. Masa itu, kita sedikitpun tidak risau tentang apa-apa. Tidak takut pada kesalahan, tidak akur pada peraturan. Kita buat hal kita sendiri, kita tahu apa kita mahu, dan kita buat apa yang diingini. Kalau susah, kita menangis. Kalau senang, kita ketawa. Itu sahaja. Tiada bebanan hidup yang merunsingkan. Tiada deadline yang mencemaskan. Tiada masalah porak-peranda yang menyimpang-nyiur dalam agenda kehidupan.
Best kan? Jadi kanak-kanak?

Hai. Kami kanak-kanak. Kami suka main bola. Bola pun suka main kami. Bila kawan kami nakal, kami baling mereka dengan selipar. Kalau tiada kawan, kami bermain dengan imaginary friends.

Mama kata, jangan cakap dengan strangers.

Besar sangat glove ini. Saya mahu yang kecil sikit, boleh?

Saya kanak-kanak yang riang. Senyuman saya sangat ceria, sehingga menceriakan hari anda dengan twisties.

Ngantuk, doh.

Ada selipar bukan bermaksud kena pakai selipar.

HIYARGH!!!